Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat saya dapat membina sebuah blog BorongChina ini sebagai salah satu media untuk mengembangkan perniagaan syarikat Al Huda saya.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan syarikat Al Huda. Tidak lupa juga anak dan isteri yang sentiasa memberi semangat dan kata-kata dorongan.

Pada permulaan yang kosong tentang web dan blog, akhirnya dapat saya siapkan blog yang serba ringkas ini untuk rujukan sahabat seluruhnya. Segala rintangan, jatuh bangun dalam mengembangkan perniagaan, saya menjadikan ianya sebagai satu dorongan untuk berjaya.

Akhir bicara, semoga blog ini banyak memberi manfaat kepada semua yang berminat dalam menceburkan diri dalam perniagaan.

– 9/10 rezeki datangnya dari berniaga –

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain.Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat rasulullah terdapat sahabat yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti usman bin affan,abdul rahman bin auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan hebat. Abdul rahman bin auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

alaikum-bitijarah2Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki.

(Riwayat Ahmad)

Sekian..Selamat berkongsi di dalam blog ini..

Al Ustaz Dr. H. Sharani Bin Ibrahim..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: